Seri Menanti
Seri Menanti
Soghi Monanti, Sonanti | |
---|---|
Bandar Diraja Seri Menanti | |
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | سري مننتي |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Daerah Kuala Pilah |
Luak | Adat Lingkungan Tanah Mengandung |
Ditubuhkan | sekitar abad ke-15 |
Sebagai bandar diraja | 1773 |
Penduduk | |
• Jumlah | 1,610 |
Seri Menanti (sebutan dalam loghat tempatan: Soghi Monanti atau Sonanti; Jawi: سري مننتي) adalah bandar diraja bagi Negeri Sembilan. Ia terletak kira-kira 33 kilometer ke timur ibu negeri, Seremban dan 14 kilometer ke barat daya Bandar Kuala Pilah. Bandar ini terletak di dalam daerah Kuala Pilah. Didakapi oleh Banjaran Titiwangsa, Seri Menanti terletak di suatu kawasan lembah yang dikelilingi bukit bukau menghijau. Rata-rata penduduk di sini adalah rakyat sederhana yang asalnya petani.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kisah penubuhan
[sunting | sunting sumber]Dipercayai Seri Menanti telah diteroka oleh orang-orang Minangkabau dari Rembau pada sekitar kurun Masihi ke-15. Menurut cerita lisan, semasa meneroka kawasan tanah di situ telah terjumpa tiga rumpun padi yang subur menghijau. Maka itu dipanggil tempat itu Padi Menanti.[2] Lama kelamaan tempat itu bertukar sebutan kepada 'Seri Menanti'. Dipercayai Seri adalah perkataan Jawa Kuno yang bermakna padi.
Nama Seri Menanti diberi nama oleh Datuk Puteh yang berasal dari Pagar Ruyong. Datuk Puteh percaya dengan penemuan tiga batang padi itu, akan memakmurkan negeri itu jika dibuka.[3]
Pada tahun 1773, Raja Melewar yang baru sahaja ditabalkan sebagai Yamtuan Besar di Kampung Penajis, Rembau, memindahkan pusat pemerintahannya dari Astana Raja ke Seri Menanti.
Peranan
[sunting | sunting sumber]Seri Menanti ini dilihat memainkan peranan penting sebagai pusat kerajaan Negeri Sembilan dahulu mengikut susunan mandala di mana 8 nagari atau luak adat mengelilingi pusat dalam 2 lingkungan:[4]
- lingkaran pertama iaitu "serambi" terdiri daripada Ulu Muar, Jempol, Gunung Pasir, Ineh dan Terachi
- lingkarangan kedua yang mengapiti luak "serambi" ini iaitu Jelebu, Johol, Rembau dan Sungai Ujong.
Tempat-tempat menarik
[sunting | sunting sumber]- Istana Besar, kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar.
- Istana Lama, sebuah istana kayu setinggi empat tingkat yang unik kerana dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Merupakan kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar dari 1908 hingga 1931, dan kini beroperasi sebagai Muzium Diraja sejak 1992.
- Rumah Tukang Kahar, terletak bersebelahan Istana Lama Seri Menanti
- Makam Diraja Seri Menanti
- Panca Persada
Kemudahan asas
[sunting | sunting sumber]- Masjid Diraja Tuanku Munawir
- Balai Polis Seri Menanti
- Klinik Kesihatan Seri Menanti
- Pejabat Pos Seri Menanti
Orang-orang kenamaan yang berasal dari Seri Menanti
[sunting | sunting sumber]- Hattan, penyanyi rock
- Mohd Nizam Pechok, penyanyi rock, teraju utama Laksamana
- Nasir Bilal Khan, pelakon
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Seri Menanti Palace of Negeri Sembilan" (PDF). Malaysian Australian New Zealand Association. March 2007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 August 2007. Dicapai pada 27 May 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "The Royal Town of Seri Menanti". Malaysia Story Blog. 31 July 2007. Dicapai pada 27 May 2009.
- ^ "Tunku Ali appointed Tunku Besar Seri Menanti". Bernama. The Star (Malaysia). 23 February 2009. Dicapai pada 27 May 2009.
- ^ Tambiah, Stanley Jeyaraja (2013). "The galactic polity in Southeast Asia". HAU: Journal of Ethnographic Theory. University of Chicago Press. 3 (3): 504–506.